Secalit Ucapan....

31 December 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah Taala kerana dengan izinNya, maka terbinalah blog sekolah Kebangsaan Jabi. Semoga dengan kewujudan blog ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran IT di kalangan warga sekolah Kebangsaan Jabi. Harapan saya juga, sama-samalah kita majukan blog sekolah kita ini dengan sentiasa mengunjunginya dan mendapatkan segala info terkini yang akan dimuatkan dan dikemaskini setiap masa.

Semoga dengan kewujudan blog ini juga akan membawa nama sekolah Kebangsaan Jabi keseluruh pelusuk dunia. Ini semua tidak mustahil, kerana melalui perkhidmatan jalur lebar… dunia ini ( Dunia Internet ) tiada lagi sempadan. Sama-samalah kita manafaatkan apa yang ada ini demi kebaikan semua. Pesanan saya kepada semua warga SK Jabi agar menjadikan blog ini sebagai platform untuk kita melayari internet dan menimba ilmu pengetahuan.


Mizan bin Haji Mohd

Guru Besar SK. Jabi.

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP