SURAT TAHNIAH UPSR 2011

03 December 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH
ATAS KEJAYAAN CEMERLANG UPSR DAERAH BESUT 2011

Read more...

JPNT SASAR PENGURANGAN 0.11 PERATUS PONTENG PADA 2011

Peratus pelajar ponteng pada 2010 dijangka dapat diturunkan kepada 0.25 peratus tahun ini menerusi gerakan bersepadu Operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah yang akan dilaksanakan secara berkala di seluruh Terengganu bermula Mac lalu.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) mensasarkan pengurangan 0.11 peratus pelajar ponteng sekolah berbanding tahun lalu.

Kadar 0.36 peratus pelajar ponteng pada 2010 dijangka dapat diturunkan kepada 0.25 peratus tahun ini menerusi gerakan bersepadu Operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah yang akan dilaksanakan secara berkala di seluruh Terengganu bermula Mac lalu.
Dalam operasi pertama, seramai 103 pelajar ditahan melalui usaha yang digerakkan oleh JPNT dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta guru sekolah.

Operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.

Pengarah JPNT, Encik Razali Daud, berkata daripada 103 pelajar yang berjaya ditahan, lima daripadanya adalah pelajar perempuan akan menjalani kursus pembangunan kendiri dan kaunseling pemulihan sahsiah.

“Kita akan memberi mereka pemulihan sahsiah diri dan program kesedaran dari segi kepentingan pelajaran dan sebagainya. Mungkin dulu, ramai menganggap kita tangkap dan biarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan yang boleh menyedarkan mereka,” katanya dalam sidang akhbar sempena Malam Mesra Media-JPNT, di Hotel Sumai, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Haji Zubir Embong, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Encik Ayob Mamat dan beberapa ketua sektor serta kira-kira 20 pengamal media cetak dan elektronik.

Encik Razali berkata, sebaik selesai proses pemulihan pelajar yang ditahan dalam operasi yang pertama, pihaknya akan melaksanakan operasi kedua di mana mereka juga akan melalui proses yang sama.

“Dalam operasi kedua nanti juga kita tangkap pelajar ponteng dan akan memberikan kursus kepada mereka. Kalau kita tangkap sahaja dan membiarkannya tidak akan memberi apa-apa makna kerana apa yang dilaksanakan adalah berkonsepkan pendidikan untuk mengatasi masalah pelajar terbabit,” katanya.

Beliau berkata, lima pelajar perempuan yang turut ditahan dalam operasi itu akan diberikan khidmat kaunseling secara dalaman di peringkat sekolah masing-masing.

Katanya, tindakan kepada pelajar perempuan yang terlibat mungkin berbeza selepas ini bergantung kepada sejauh mana penglibatan mereka dalam operasi basmi ponteng kali kedua dan seterusnya kelak.

Read more...

PENYAMPAIAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN TAHUN 1& 2 2011

22 November 2011

Peyampaian wang KWAPM telah diadakan pada 16 November 2011, bertempat di Pejabat Sekolah.



Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHN 2012

Majlis Penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2012, telah diadakan pada 15 November 2012, bertempat di Dewan SK Jabi.


Read more...

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 telah diadakan pada 15 November 2011, yang dirasmikan oleh Tn Hj Wan Yusof B. Abu Bakar(Pengerusi PIBG SK Jabi).



Read more...

LAWATAN KE PAHANG






Read more...

MAJLIS PENYERAHAN e-BOOK TAHUN4 DUN JABI 2011

Majlis pengagihan e0book murid tahun 4 2011 peringkat zon Jabi, telah diadakan pada 17 Oktober 2011 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said (Menteri Besar Terengganu). YAB MB sendiri telah menyampaikan ebook kepada 569 orang mrid tahun 4 2011.


Read more...

SIDANG AKHBAR PENGUMUMAN UPSR 2011 OLEH PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

17 November 2011

PENGUMUMAN OLEH TUAN PENGARAH PELAJARAN

Read more...

SAMBUTAN HARI KELUARGA SK JABI 2011

19 October 2011

Alhamdullilah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya SK Jabi telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga SK Jabi 2011. Sambutan yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya merealisasikan harapan Tuan Guru Besar, En. Wan Hassan b Wan Ahmad sebagai satu agenda Memasyarakat Pendidikan di samping mewujudkan satu hubungan silatulrahim yang baik antara keluarga besar SK Jabi.

Program yang dijadualkan pada 15 Oktober 2011 ini telah diadakan di Lata Belatan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Sambutan ini telah melibatkan semua warga SK Jabi termasuk pihak pengurusan, guru-guru, guru kafa, kakitangan kerajaan dan swasta juga pengurusan kantin, bersama pasangan dan anak-anak masing-masing yang berjumlah lebih 300 ahli.

Sambutan dimulai dengan ucapan Tuan Guru Besar diikuti oleh acara sukaneka, jamuan makan dan penyampaian hadiah cenderamata.

Adalah diharapkan dengan adanya sambutan ini akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara keluarga SK Jabi semoga bergembira selalu.











Read more...

SUMBANGAN ZAKAT UNTUK ANAK-ANAK YATIM

29 September 2011





Read more...

LAWATAN JPNT KE SEKOLAH





Read more...

GOTONG ROYONG 2011






PADA 30-7-2011, WARGA SKJABI TELAH MENGADAKAN GOTONG ROYONG PERDANA

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP