Secalit Ucapan....
31 December 2013
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah Taala kerana dengan izinNya, maka terbinalah blog sekolah Kebangsaan Jabi. Semoga dengan kewujudan blog ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran IT di kalangan warga sekolah Kebangsaan Jabi. Harapan saya juga, sama-samalah kita majukan blog sekolah kita ini dengan sentiasa mengunjunginya dan mendapatkan segala info terkini yang akan dimuatkan dan dikemaskini setiap masa.
Semoga dengan kewujudan blog ini juga akan membawa nama sekolah Kebangsaan Jabi keseluruh pelusuk dunia. Ini semua tidak mustahil, kerana melalui perkhidmatan jalur lebar… dunia ini ( Dunia Internet ) tiada lagi sempadan. Sama-samalah kita manafaatkan apa yang ada ini demi kebaikan semua. Pesanan saya kepada semua warga SK Jabi agar menjadikan blog ini sebagai platform untuk kita melayari internet dan menimba ilmu pengetahuan.
Mizan bin Haji Mohd
Guru Besar SK. Jabi.
Read more...Kepimpinan Sektor Pengurusan Sekolah - JPNT 2013
15 January 2013
Barisan Kepimpinan dan Staf Pengurusan, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 2013.Gambar ini diambil selepas Perhimpunan Jabatan Kali Pertama bagi tahun 2013 di mana Sektor Pengurusan Sekolah menjadi hos atau tuan rumah dengan Tema : Membijaksanakan Dan Membijaklaksanakan Pengurusan Pendidikan. Tahniah kepada semua barisan kepimpinan dan staf SPS yang berjaya menghayati slogan SPS (Sepakat Pasti Sukses) dalam kerjabuat SPS Read more...
UPSR - Terengganu Terus Ungguli Pencapaian Cemerlang
Terengganu terus mengekalkan kesinambungan kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila pencapaian calon di seluruh negeri berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.10.
“Enam mata pelajaran yang mengatasi pencapaian nasional adalah bahasa Melayu (Pemahaman) (SK) (0.06), bahasa Melayu (Penulisan) (SK), bahasa Melayu (Pemahaman) (SJKC) (0.04), bahasa Inggeris (SK)(0.06), bahasa Inggeris (SJKC) (0.08) dan Sains (0.17). “Walaupun pencapaian negeri merosot sedikit dengan GPN menurun 0.07 daripada 2.14 (2011) kepada 2.21 tahun ini, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik dengan minimum Gred C, iaitu tidak termasuk semua A bagi semua subjek meningkat sebanyak 1.57 peratus daripada 55.54 peratus pada tahun lalu kepada 57.11 peratus tahun ini,” katanya..
Beliau menyatakannya demikian mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, pagi ini. Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Zubir Embong. Zakaria berkata, pencapaian calon cemerlang yang mendapat semua A menurun sebanyak 2.34 peratus, iaitu daripada 15.56 peratus pada 2011 kepada 13.22 peratus pada tahun ini. Bagaimanapun katanya, peratusan calon yang memperolehi pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum meningkat sebanyak 1.16 peratus, daripada 2.35 peratus (2011) kepada 3.51 peratus (2012). Seramai 23,196 murid merangkumi 22,887 (98.67 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 309 (1.33 peratus) calon sekolah swasta yang menduduki UPSR seluruh Terengganu tahun ini . Read more...
Subscribe to:
Comments (Atom)























