TERENGGANU TERUS UNGGULI UPSR

12 November 2010

Khamis, 2010 November 11. Seramai 3,560 atau 15.4 % calun UPSR Tahun 2010 memperolehi semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang diumumkan oleh En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu pada sidang akhbar di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada pagi ini.Pencapaian semua A meningkat sebanyak 0.1% berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu daerah Besut menggungguli pencapaian semua A dengan memperolehi 21.0%, Hulu Terengganu 15.6%,Kuala Terengganu 15.3% dan daerah lain antara 12.4% hingga 14.2 %. Walau bagaimanapun pencapaian Minimum C sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya dari 68.8% kepada 66.8 %. Begitu juga Gred Purata Negeri berlaku sedikit peningkatan dari 2.22 tahun 2009 kepada 2.25 pada tahun ini. Bagaimanapun penurunan sedikit ini tidak menjejaskan reputasi Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai pencapaian semua A yang tinggi.
Keputusan UPSR kali ini juga menunjukkan beberapa sekolah SKM mencapai GPS kurang dari 1.8.Berikut adalah senarai sekolah pencapaian UPSR cemerlang negeri :
Pengarah Pelajaran Negeri pada akhir sidang akhbarnya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru, pentadbir sekolah, ibubapa, PIBG, komuniti dan pegawai-pegawai di PPD dan JPN yang memberi sumbangan kepada kejayaan ini. Beliau juga mewakili warga pelajaran Terengganu merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said atas bantuan dan sokongan tinggi bagi program kecemerlangan UPSR 2010 Terengganu.

Tahniah Terengganu kita terus "Melestarikan Pendidikan Terbilang"

Read more...

UPSR 2010 : SK JABI TERUS CEMERLANG


Tanggal 11 November 2010, SK Jabi sekali lagi mengukir sejarah apabila berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010. Seramai 14 calon telah mengenggam straight A dan 10 calon mendapat 4A. Tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, barisan JK team UPSR serta yang terlibat dalam menentukan kejayaan ini.

Alhamdullilah, berkat usaha sama semua pihak dan usaha gigih tenaga pengajar tahun 6 yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu pengetahuan akhirnya membuahkan hasilnya juga. Pencapaian 14 calon adalah merupakan peningkatan sebanyak 100% berbanding tahun 2009 yang mencatatkan keputusan kejayaan 7 calon yang berjaya mendapat straight A.

keriangan jelas terbayang kepada murid yang berjaya....

Murid yang mencapai kejayaan 5A ialah Raja Muhammad Nor Fitri b Raja Nordin, Muhammad Nur Ikhlas b Nazri, Mohamad Azhar b Talib, Nur Ainah bt Sa'aroni, Nor Farhanah bt Mohd Zamani, Ilyana bt Amran ,Wan Nur Ain Najihah bt Wan Tagiman, Abdul Fida' Majdi b Shaimie, Lutfi Hakim b Rosminuddin, Muhammad Nor Firdaus b Iberahim, Nor Kasmadiana bt Mohd Kori, Safinah bt Mustapha, Nor Syaza Nazifa bt Mohd Sabri dan Syyidah Sofwah bt Muhamad.

murid yang berjaya mendapat straight A.

Pencapaian 14 calon mencatatkan 16.67% dalam 5A dan 58 calon lulus minima C dengan 69.05 %. Perincian disegi peratus bagi setiap subjek memperlihatkan Bahasa Melayu Kefahaman dan Bahasa Melayu Penulisan mendapat pencapaian tertinggi dengan 32 calon mendapat gred A dengan masing mendapat 38.1%, diikuti oleh Matematik dengan 28 calon mendapat gred A yang mewakili 33.7%, Sains dengan 23 calon mendapat gred A yang mewakili 27.4% diikuti dengan subjek Bahasa Inggeris dengan 20 calon mendapat gred A yang mewakili 23.8%.

murid mencapai 4A

Dilihat disegi bilangan calon yang mendapat 5A dalam Zon Jabi, SK Jabi dan SK Kg. Bharu Tok Dor telah berkongsi tangga ke-3 senarai selepas SK Kerandang 21 calon mendapat gred A dan SK Bukit Tempurung 19 calon mendapat gred A.

Keputusan yang memberangsangkan ini juga di kongsi bersama dengan pencapaian cemerlang yang dicapai di peringkat daerah, di mana Daerah Besut sekali lagi mencatatkan pencapaian tertinggi dalam Negeri Terengganu dengan memperoleh 760 calon mendapat pencapaian straight A dengan 21%. diikuti oleh Daerah Hulu Terengganu dengan 15.6%, Daerah Kuala Terengganu dengan 15.3%, Daerah Marang 14.2%, Daerah Dungun 14.1%, Daerah Setiu 13.8% dan Daerah Kemaman sebanyak 12.4%. Peratus pencapaian ini adalah yang terbaik pernah dicapai di peringkat negeri

Tahniah dan syabas kepada semua pihak. SK Jabi boleh....

Read more...

PERLANTIKAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU YANG BARU

10 November 2010

Perhimpunan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah diadakan pada 7 November 2010 jam 8.00 pagi bersempena pelantikan secara rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang baru iaitu Yang Berbahagia Encik Razali bin Daud. Majlis dimulakan dengan penyampaian jambangan bunga daripada murid-murid SK Marang yang didatangkan khas ke jabatan bagi mengingatkan zaman awal persekolahan beliau. Beliau mengucapkan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih kerana diberi amanah serta kepercayaan untuk menerajui Pendidikan Negeri Terengganu.
Beliau mengharapkan warga Pendidikan Negeri Terengganu sentiasa komited dalam melaksanakan visi dan misi jabatan secara bersama dengan memberi penekanan kepada peningkatan prestasi kerja yang baik supaya menghasilkan natijah yang baik. Elakkan terlalu banyak bercakap kerana dibimbangi banyak perkara yang tidak betul dan fitnah akan terucap serta elakkan perpecahan yang menyebabkan warga JPNT tidak dapat bekerja dengan baik. Dengan memetik mafhum sebuah hadis Rasulullah S.A.W beliau mengingatkan tentang akibat melakukan fitnah dan celaan kepada saudara yang lain akan menyebabkan doa tidak dimakbulkan, ibadah tidak diterima dan celaan yang disebut akan kembali kepadanya.

Beliau telah mengingatkan warga JPNT supaya sentiasa mematuhi dan menepati etika kerja dengan berpegang kepada prinsip amanah, melaksanakan kerja secara jujur, tulus dan telus serta meletakkan sesuatu betul ditempatnnya. "Sense of urgency" iaitu mengutamakan kesegeraan dalam melaksanakan tugas dan menepati masa dalam semua urusan.
Dalam majlis yang sama beliau turut memaklumkan tentang cadangan melantik Tn.Hj.Salleh bin Busu sebagai Timbalan Pengarah dengan mengambilkira kelayakan dan senioriti serta menyusun semula pegawai mengikut kesesuaian dan kepakaran. Beliau juga berazam akan cuba menyelesaikan urusan jabatan walaupun perlu bekerja lebih masa termasuk pada hari sabtu. Berkenaan dengan kehadiran pengarah dalam program rasmi jabatan beliau meminta pihak urusetia turut sama melibatkan timbalan pengarah.
Di akhir ucapan, beliau memohon warga JPNT mendoakan supaya beliau akan menjadi pemimpin yang insaf, amanah dalam pekerjaan dan berpegang pada kejujuran serta menyeru supaya semua kakitangan Jabatan melaksanakan tugas yang terbaik supaya Jabatan Pelajaran Terengganu akan menjadi satu organisasi yang kuat.

Read more...

PEKELILING KSSR TAHAP SATU 2011

Pekeliling Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap 1

Read more...

JAMUAN AKHIR TAHUN

Guru Besar sedang menyampaikan sedikit ucapan sebelum Guru dan Kakitangan sekolah menjamu selara.










Guru dan kakitangan sekolah menjamu selera sempena jamuan akhir tahun yang diadakan di D'kantin Sk Jabi pada 09 November 2010.

Read more...

SAMBUTAN AIDIL FITRI PERINGKAT SK JABI

05 October 2010

Sambutan Aidil Fitri, peringkat SK Jabi telah diadakan pada hari ini 5 Oktober 2010. Walaupun agak terlewat namun sambutannya tetap meriah dan penuh warna-warni. Selain dari menghidangkan berbagai juadah hari raya murid-murid juga guru-guru dihidangkan dengan hidangan "gulai kawah" sebagai hidangan tengah hari.

Di sekitar sambutan...

























Walaupun dalam suasana hari raya, Tuan Guru Besar tetap perihatin tentang ilmu pendidikan muridnya. Beliau masih sempat bertanya khabar tentang IT dan ebook.
........ lelaki melayu terakhir.......

Read more...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform peringkat SK Jabi telah berlangsung pada bermula 30 September hingga 2 Oktober 2010 bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu. Perkhemahan yang disertai oleh 150 peserta adalah diwakili oleh 30 peserta dari setiap unit beruniform pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam dan Tunas Puteri.


Para peserta begitu gigih dan bersemangat dalam aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah.






















Pertandingan Kawad Kaki adalah merupakan aktiviti wajib dalam perkhemahan unit beruniform kerana selain dari melatih peserta berdisiplin ianya juga akan mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan.



















Pn.Roslina selaku Pen.Kem Komanden menunjukkan demontrasi balutan dan pertolongan cemas kepada salah seorang peserta.



Pertandingan memasak dan menyediakan makanan antara yang paling menarik dalam perkhemahan ini.















Aktiviti riadah dan berkumpulan.

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP