SAMBUTAN AIDIL FITRI PERINGKAT SK JABI

05 October 2010

Sambutan Aidil Fitri, peringkat SK Jabi telah diadakan pada hari ini 5 Oktober 2010. Walaupun agak terlewat namun sambutannya tetap meriah dan penuh warna-warni. Selain dari menghidangkan berbagai juadah hari raya murid-murid juga guru-guru dihidangkan dengan hidangan "gulai kawah" sebagai hidangan tengah hari.

Di sekitar sambutan...

























Walaupun dalam suasana hari raya, Tuan Guru Besar tetap perihatin tentang ilmu pendidikan muridnya. Beliau masih sempat bertanya khabar tentang IT dan ebook.
........ lelaki melayu terakhir.......

Read more...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform peringkat SK Jabi telah berlangsung pada bermula 30 September hingga 2 Oktober 2010 bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu. Perkhemahan yang disertai oleh 150 peserta adalah diwakili oleh 30 peserta dari setiap unit beruniform pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam dan Tunas Puteri.


Para peserta begitu gigih dan bersemangat dalam aktiviti pertama iaitu mendirikan khemah.






















Pertandingan Kawad Kaki adalah merupakan aktiviti wajib dalam perkhemahan unit beruniform kerana selain dari melatih peserta berdisiplin ianya juga akan mewujudkan semangat kerjasama dalam pasukan.



















Pn.Roslina selaku Pen.Kem Komanden menunjukkan demontrasi balutan dan pertolongan cemas kepada salah seorang peserta.



Pertandingan memasak dan menyediakan makanan antara yang paling menarik dalam perkhemahan ini.















Aktiviti riadah dan berkumpulan.

Read more...

Sambutan Hari Raya Kelas PPKI

27 September 2010







Ahad,26 September 2010 kelas PPKI telah mangadakan Sambutan Hari Raya.Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Guru Besar,Pk-Pk, guru-guru serta kakitangan sekolah

Read more...

UPSR 2010

21 September 2010

Semua warga SK Jabi mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua anak-anak didik Tahun Enam 2010. Kami semua mendoakan kejayaan anda semua.
SK Jabi Boleh!!

Taklimat sebelum memasuki dewan peperiksaan

Bacaan Doa dipimpin oleh Ust. Mohd Azuani Aziz

Read more...

GOTONG ROYONG "JOM GANYANG AEDES"

02 September 2010






2hb Sept 2010 - Warga SK Jabi mengadakan "Gotong Royong Jom Ganyang Aedes" di sekitar kawasan sekolah. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah bersama-sama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga kerana sekolah akan bercuti selama 2 minggu.

Jutaan terima kasih kepada warga SK Jabi kerana menjayakan "Program Gotong-Royong Jom Ganyang Aedes"

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG PERCUBAAN UPSR DAERAH BESUT 2010

29 August 2010







29hb Ogos 2010 - SK Jabi. Warga SK Jabi berbangga dengan pencapaian seorang anak didik yang mencapai kecemerlangan peringkat daerah Besut dalam Peperiksaan Percubaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik.Adik Raja Muhammad Nur Fitri Raja Nordin mendapat markah 99% bagi matapelajaran Matematik. Dia juga bukan sahaja cemerlang dalam Matematik tetapi juga matapelajaran lain dan menjadi salah seorang murid harapan sekolah.

Warga SK Jabi amat berbesar hati dengan kehadiran Tn. Haji Rashid bin Idris, wakil dari PPD Besut untuk menyampaikan sijil tersebut. Diharapkan dengan kehadiran beliau dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid tahun 6 SK Jabi untuk menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

Read more...

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT KWAPM TAHUN 2010

10 August 2010

Majlis ini berlangsung pada 9-10 ogos 2010 bertempat di surau Sk Jabi.Seramai 284 orang murid terlibat.Selaku guru besar Sk Jabi, beliau mengharapkan duit tersebut digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan pendidikan anak-anak.




Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP