ALBUM BADMINTON

23 April 2010

HARITH


ILYANA

Read more...

2010 skjabi cemerlang

Sekolah Kebangsaan Jabi menempa nama di peringkat zon dan daerah. Antara kejayaan yang telah diperolehi Januari - April 2010. Tempat kedua gimnastik berirama peringkat daerah, tempat kedua kejohanan Bola Jaring (zon), tempat kedua kejohanan Bola Sepak (zon), tempat ketiga kejohanan Badminton (zon), tempat ketiga bercerita tahap 1 dan 2 (zon) dan tempat ketiga Smart English (zon).

Read more...

KEJOHANAN BADMINTON DAERAH

JERTIH -22 April , 3 pemenang badminton Sk. Jabi terpilih ke kejohanan peringkat daerah Besut. Latihan sedang giat dijalankan. Kejohanan tersebut akan diadakan pada 27 April bertempat di Sk. Permaisuri Nur Zahirah. Tahniah diucapkan kerana berpeluang beraksi di peringkat daerah.

Read more...

MAJLIS PERSARAAN GPK KO

MAJLIS PERSARAAN CIKGU WAN ROSLAN B WAN ABDULLAH

Tarikh : 26 April 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sk. Jabi

"JASAMU DIKENANG"

Read more...

SK. JABI MENDAPAT TEMPAT KE-3, PERTANDINGAN SMART ENGLISH ZON JABI

22 April 2010

JERTEH, 22 April - Sekolah Kebangsaan Jabi (SKJ) mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Smart English Sekolah-sekolah Rendah Zon Jabi. Pertandingan ini disertai oleh 12 buah sekolah. Kesemua sekolah Zon Jabi menyertainya kecuali Sk. Tempinis.

En. Razak, Tn. Hj. Zulkifli, Tn. Hj. Zaki dan En. Mizan


Johan pertandingan disandang oleh Sk. Renek, manakala tempat kedua Sk. Kuala Kubang. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj. Zulkifli bin Awang (Pegawai PPD Besut). Pertandingan yang bermula seawal jam 8.30 pagi berakhir pukul 12.30 tengah hari. Johan Zon jabi (SKR) akan mewakili Zon Jabi ke peringkat daerah yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Peserta Sk. Jabi Menerima Hadiah Daripada Tn. Hj. Zulkifli Awang


Teacher Rogayah Pengacara Di Majlis Penyampaian Hadiah

Read more...

SEKITAR KEJOHANAN BADMINTON MSSM ZON JABI

20 April 2010


PERSEORANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN



BERGU LELAKI DAN PEREMPUAN

Read more...

SANTAI DI LATA BELATAN

19 April 2010


Santai Di Lata Belatan Selepas Kejohanan Badminton

Read more...

BADMINTON MSSM ZON JABI

18 April 2010

JERTEH, 17 April - Sekolah Kebangsaan Jabi (SKJ) mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Badminton MSSM Zon Jabi yang diadakan di Dewan Sivik Pak Wong pada 15 dan 17 April baru-baru ini. Kejohanan tersebut disertai oleh sekolah-sekolah rendah Zon Jabi yang mana SKJ telah menghantar kesemua acara single (lelaki - perempuan) dan acara double (lelaki - perempuan).



Dalam acara tersebut, SKJ mendapat tempat ketiga bagi perseorangan (single) lelaki (Perseorangan Pertama dan Kedua) dan tempat ketiga juga bagi berpasangan (double) lelaki. Manakala bagi perseorangan (single) perempuan, SKJ juga mendapat tempat ketiga (perseorangan Pertama dan Kedua). Johan dan Naib Johan masing-masing disandang oleh Sk. Bukit Tempurung dan Sk. Kerandang.


Menurut jurulatih badminton SKJ, Puan Hamidah bt Abd. Majid, SKJ berjaya memperoleh tempat bagi kesemua yang disertainya kecuali double perempuan. Beliau berpuas hati dengan pencapaian pasukan SKJ yang kurang pengalaman dalam permainan badminton memandangkan ada pemain sekolah lain yang telahpun menjuarainya pada tahun sudah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar Sk. Kerandang, Tuan Haji Zaki.

Read more...

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP