BADMINTON MSSM ZON JABI

18 April 2010

JERTEH, 17 April - Sekolah Kebangsaan Jabi (SKJ) mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Badminton MSSM Zon Jabi yang diadakan di Dewan Sivik Pak Wong pada 15 dan 17 April baru-baru ini. Kejohanan tersebut disertai oleh sekolah-sekolah rendah Zon Jabi yang mana SKJ telah menghantar kesemua acara single (lelaki - perempuan) dan acara double (lelaki - perempuan).



Dalam acara tersebut, SKJ mendapat tempat ketiga bagi perseorangan (single) lelaki (Perseorangan Pertama dan Kedua) dan tempat ketiga juga bagi berpasangan (double) lelaki. Manakala bagi perseorangan (single) perempuan, SKJ juga mendapat tempat ketiga (perseorangan Pertama dan Kedua). Johan dan Naib Johan masing-masing disandang oleh Sk. Bukit Tempurung dan Sk. Kerandang.


Menurut jurulatih badminton SKJ, Puan Hamidah bt Abd. Majid, SKJ berjaya memperoleh tempat bagi kesemua yang disertainya kecuali double perempuan. Beliau berpuas hati dengan pencapaian pasukan SKJ yang kurang pengalaman dalam permainan badminton memandangkan ada pemain sekolah lain yang telahpun menjuarainya pada tahun sudah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar Sk. Kerandang, Tuan Haji Zaki.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP