KEM AKADEMI ELIT UPSR

21 June 2010

Pada tarikh 14 - 17 Jun 2010, seramai 8 orang pelajar SK Jabi telah terpilih menyertai Kem Akademi Elit UPSR, Fasa 1 peringkat Daerah Besut bertempat di Hotel Seri Malaysia, Marang. Perjalanan bermula seawal jam 9.30 pagi dengan menaiki 3 buah bas di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Besut dengan penyertaan 100 pelajar elit.

Kem ini adalah sebahagian dari 3 fasa Kem Akademi Elit yang dikelolakan oleh PPD Besut yang melibatkan penyertaan 350 orang pelajar elit seluruh Daerah Besut siri UPSR 2010.

Pengalaman dan pendedahan pembelajaran yang diperolehi oleh peserta dari SK Jabi ini diharap akan dapat dimanafaatkan sepenuhnya sebagai panduan dalam menghadapi UPSR nanti selain dari dibawa pulang untuk turut sama dimanafaatkan kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai Kem tersebut.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP