MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL CEMERLANG PERCUBAAN UPSR DAERAH BESUT 2010

29 August 2010







29hb Ogos 2010 - SK Jabi. Warga SK Jabi berbangga dengan pencapaian seorang anak didik yang mencapai kecemerlangan peringkat daerah Besut dalam Peperiksaan Percubaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik.Adik Raja Muhammad Nur Fitri Raja Nordin mendapat markah 99% bagi matapelajaran Matematik. Dia juga bukan sahaja cemerlang dalam Matematik tetapi juga matapelajaran lain dan menjadi salah seorang murid harapan sekolah.

Warga SK Jabi amat berbesar hati dengan kehadiran Tn. Haji Rashid bin Idris, wakil dari PPD Besut untuk menyampaikan sijil tersebut. Diharapkan dengan kehadiran beliau dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid tahun 6 SK Jabi untuk menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP