MINI KARNIVAL, PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN BANK RAKYAT

01 August 2010


Pada hari ini 31 Julai 2010, Pertandingan Mewarna Anjuran Bank Rakyat Cawangan Jerteh telah diadakan bertempat di Dewan Gong Kemuntung, Jerteh. Pertandingan yang merupakan Mini Karnival anjuran Bank Rakyat ini telah disertai oleh lebih kurang 800 penyertaan turut disertai oleh 20 pelajar dari SK Jabi di bawah kelolaan En.Mohamad Adib selaku penyelaras.


Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori Pra dan Tadika, Kategori Tahap Satu dan Kategori Tahap Dua.




Karnival yang bermula pada jam 8.30 pagi itu turut diserikan dengan pelbagai acara seperti persembahan nasyid Nur Iman, pelajar dari Tadika Dun Kota Putera, Pesembahan Boneka Tangan, Kuiz Bank Rakyat, Chicken Dance dan Word Puzzle.



Pn.Amiza selaku orang kuat Mini Karnival bersama Si Nuri, maskot Bank Rakyat.





Tahniah dan syabas kepada kedua adik beradik Nur Izzah Athierah bt Azman dan Alia Najihah bt Azman kerana berjaya meraih tempat saguhati dalam kategori tahap satu. Juga tahniah kepada En.Azman dan Puan Che Bidah.



0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP