MAJLIS PENYAMPAIAN EBOOK PERINGKAT ZON JABI

10 February 2011

Majlis penyampaian e-book sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu kali ke-3 untuk murid tahun lima sekolah-sekolah Negeri Terengganu peringkat Zon Jabi telah disempurnakan pada hari ini, Khamis 10hb. Februari 2011 bertempat di SK Bukit Jerok.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang telah disempurnakan oleh YB Tn.Haji Ramlan b Ali, Adun Jabi. Dalam majlis tersebut sebanyak 561 buah ebook telah dibahagi-bahagikan kepada murid tahun lima di 13 buah sekolah kebangsaan di Zon Jabi.

Sekolah Kebangsaan Jabi yang diketuai oleh En.Sanusi b Yusuf, GPK Kokurikulum telah menerima sejumlah 75 buah ebook yang masing-masing sebanyak 69 buah kepada murid aliran perdana dan 6 buah murid PPKI.


Turut hadir di majlis tersebuat ialah Ybgh Tn.Hj.Baharudin b Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut diiringi oleh semua guru besar sekolah-sekolah Zon Jabi.



Sebahagian dari ibubapa murid-murid yang menerima sumbangan tersebut.

Cik Azradila Mohd Bakri, EIO SK Jabi.

Diharapkan dengan adanya sumbangan ini akan melahirkan lebih ramai murid yang celik IT di Negeri Terengganu khasnya di Zon Jabi. Sumbangan ini juga diharap agar akan merealisasikan hasrat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk Melastarikan Pendidikan Terbilang di Negeri Terengganu, seterusnya menjadikan Negeri Terengganu sebagai Anjung Ilmu dan Daerah Besut sebagai Bumi Ulul Albab.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP