PENYAMPAIAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT

14 February 2011

Alhamdulillah syukur, sekali lagi pihak Bank Rakyat Cawangan Jerteh telah bermurah hati menyampaikan sumbangan wang zakat kepada murid-murid miskin dan yatim SK Jabi. Pada tahun ini seramai 120 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan berbanding seramai 167 murid pada tahun 2007.

Setiap murid menerima RM 100 setiap orang yang membawa jumlah RM 12,000. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh En. Alidan b Mustafa, Ketua Unit Pembiayaan, Bank Rakyat Cawangan Jerteh.

Majlis akad dan penerimaan wang zakat dari pihak bank kepada SK Jabi telah disempurnakan oleh Pn.Hjh.Yamna bt Hj.Amin, GPK pentadbiran sebagai wakil pihak sekolah.


Para ibubapa yang mewakili anak-anak menerima sumbangan daripada En.Alidan.

Sebahagian daripada ibubapa penerima sumbangan pada hari ini.

Adalah diharapkan dengan adanya sumbangan ini akan menyemarakkan lagi semangat muri-murid untuk terus mengejar kejayaan. Keadaan ini bertetapan dengan hasrat pihak kerajaan untuk melihat sektor swasta sama-sama berganding bahu untuk pembangunan negara dan pembangunan modal insan.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP