MAJLIS YAB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA GURU-GURU DAERAH BESUT

14 November 2010

Satu lagi detik bersejarah bagi warga pendidik Daerah Besut apabila "Majlis YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru Daerah Besut" telah diadakan pada hari ini, Sabtu 13 November 2010 bertempat di Dewan MDB Gong Kemuntung, Jerteh. Majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Menteri Besar ini turut dihadiri oleh YB Exco Pendidikan Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan guru-guru Daerah Besut seramai lebih kurang 3000 orang guru

Mengikut YAB MB antara lain majlis ini diadakan ialah sebagai menghargai jasa dan kejayaan guru-guru Negeri Terengganu dalam bidang akademik khasnya pencapaian terbaik dalam UPSR selama 10 tahun bermula 2001 hingga 2010. Dalam tempoh ini pencapaian UPSR adalah yang terbaik dalam negara. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa sebahagian agenda kerajaan negeri untuk melahirkan negeri "Terengganu Anjung Ilmu" telah menampakkan hasilnya. Menurut beliau lagi kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk proses tranformasi pendidikan Negeri Terengganu contohnya pemberian e-book kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6. Pemberian ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan kepada pelajar tahun 3 dan 4. Selain itu kerajaan juga berhasrat untuk mengadakan pendidikan usaha sama dengan universiti-universiti terkenal antarabangsa.
... syabas kepada YAB Dato' Menteri Besar.

Yang Berbahagia En.Razali bin Daud selaku Pengarah Pelajaran yang baru juga turut melahirkan rasa bangga atas pencapaian yang dicapai dalan UPSR 2010 yang lalu. Menurut beliau pencapaian 21% straight A dengan jumlah 760 calon adalah merupakan pencapain terbaik di peringkat negeri sekali gus terbaik kebangsaan. Selain kecemerlangan dalam bidang akademik beliau juga mensasarkan kecemerlangan di segi sahsiah dan akhlak sebagai salah satu agenda jabatan. Beliau yang menyarankan agar diadakan bacaan Al Quran selama 10 minit sebelum memulakan sesi pembelajaran dan aktiviti bercorak kerohanian yang akan di adakan di masjid-masjid. Disamping itu semua sekolah perlu mengadakan solat hajat sebelum cuti persekolahan 2010 dan sebelum sesi 2011 bermula.
Selain itu beliau juga menggariskan 4 perkara yang perlu diberi perhatian oleh para guru, antaranya ialah Intergriti Harus Kental, Pembangunan Emosional, Persepsi Medik Dan Penambahan Kualiti serta Guru Harus Mempertingkatkan Pengetahuan Melalui Pembaharuan Pedagogi.
Guru menerima "pen drive" berkuasa tinggi dari YAB Dato' Meneri Besar


Sebahagian guru yang hadir dalam majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP