UPSR 2010 : SK JABI TERUS CEMERLANG

12 November 2010


Tanggal 11 November 2010, SK Jabi sekali lagi mengukir sejarah apabila berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010. Seramai 14 calon telah mengenggam straight A dan 10 calon mendapat 4A. Tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, barisan JK team UPSR serta yang terlibat dalam menentukan kejayaan ini.

Alhamdullilah, berkat usaha sama semua pihak dan usaha gigih tenaga pengajar tahun 6 yang tak jemu-jemu mencurahkan ilmu pengetahuan akhirnya membuahkan hasilnya juga. Pencapaian 14 calon adalah merupakan peningkatan sebanyak 100% berbanding tahun 2009 yang mencatatkan keputusan kejayaan 7 calon yang berjaya mendapat straight A.

keriangan jelas terbayang kepada murid yang berjaya....

Murid yang mencapai kejayaan 5A ialah Raja Muhammad Nor Fitri b Raja Nordin, Muhammad Nur Ikhlas b Nazri, Mohamad Azhar b Talib, Nur Ainah bt Sa'aroni, Nor Farhanah bt Mohd Zamani, Ilyana bt Amran ,Wan Nur Ain Najihah bt Wan Tagiman, Abdul Fida' Majdi b Shaimie, Lutfi Hakim b Rosminuddin, Muhammad Nor Firdaus b Iberahim, Nor Kasmadiana bt Mohd Kori, Safinah bt Mustapha, Nor Syaza Nazifa bt Mohd Sabri dan Syyidah Sofwah bt Muhamad.

murid yang berjaya mendapat straight A.

Pencapaian 14 calon mencatatkan 16.67% dalam 5A dan 58 calon lulus minima C dengan 69.05 %. Perincian disegi peratus bagi setiap subjek memperlihatkan Bahasa Melayu Kefahaman dan Bahasa Melayu Penulisan mendapat pencapaian tertinggi dengan 32 calon mendapat gred A dengan masing mendapat 38.1%, diikuti oleh Matematik dengan 28 calon mendapat gred A yang mewakili 33.7%, Sains dengan 23 calon mendapat gred A yang mewakili 27.4% diikuti dengan subjek Bahasa Inggeris dengan 20 calon mendapat gred A yang mewakili 23.8%.

murid mencapai 4A

Dilihat disegi bilangan calon yang mendapat 5A dalam Zon Jabi, SK Jabi dan SK Kg. Bharu Tok Dor telah berkongsi tangga ke-3 senarai selepas SK Kerandang 21 calon mendapat gred A dan SK Bukit Tempurung 19 calon mendapat gred A.

Keputusan yang memberangsangkan ini juga di kongsi bersama dengan pencapaian cemerlang yang dicapai di peringkat daerah, di mana Daerah Besut sekali lagi mencatatkan pencapaian tertinggi dalam Negeri Terengganu dengan memperoleh 760 calon mendapat pencapaian straight A dengan 21%. diikuti oleh Daerah Hulu Terengganu dengan 15.6%, Daerah Kuala Terengganu dengan 15.3%, Daerah Marang 14.2%, Daerah Dungun 14.1%, Daerah Setiu 13.8% dan Daerah Kemaman sebanyak 12.4%. Peratus pencapaian ini adalah yang terbaik pernah dicapai di peringkat negeri

Tahniah dan syabas kepada semua pihak. SK Jabi boleh....

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP