MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM JPNT

23 November 2010

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Bil. 3/2010

Ucaptama Y.Bhg. En. Razali bin Daud
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Alamanda JPNT Kuala Terengganu 22 Nov 2010
Y.Bhg. En. Razali bin Daud, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kerana kehadiran dan semangat kekitaan di kalangan semua staf pada tahap yang sangat membanggakan. Ucapan syukur di atas rahmat dan limpah kurnia Allah SWT yang membolehkan kesemua pihak bermesyuarat bagi menjaya “Kelestarian Pendidikan Terbilang” Negeri Terengganu.

Beliau memulakan peringatan dengan menyatakan sikap “Control Macho” sudah tidak relevan dengan kehendak pendidikan masakini. Oleh itu, beberapa kejutan terbilang dan elemen penambahbaikan perlu dilakukan secara beterusan.

Teori Kepimpinan seperti “Instructional Leadership” tidak seharusnya dihayati secara teori sahaja tetapi ia memerlukan perlaksanaan secara praktikal. Pemantauan Kepimpinan Sekolah pada masa depan tidak hanya terhad kepada “Coaching and Mentoring” sahaja, malah beberapa kreteria lain juga perlua diberi perhatian iaitu:-

1. Kemenjadian Murid
2. Hasil Kerja Buat Murid
3. Kualiti Kepimpinan Sekolah
4. Elemen Penambahbaikan

Kepimpinan Sekolah perlu menambahbaik elemen-elemen pendidikan seperti Perancangan Kemajuan Pendidikan, Panitia, Pelaksanaan Program serta Operasi Harian Sekolah masing-masing. Keberhasilan dan Impak Pelaksanaan Program akan dipantau dan dinilai secara berterusan dan berfokus.

Penerangan mengenai “Teaching Content” iaitu tahap kebolehan murid, gaya pembelajaran, pedagogi, strategi pendekatan, Bahan Bantu Mengajar, Volume Kerja Murid, kuantiti serta kualiti perlu difahami, dihayati serta dipraktikkan oleh semua guru.

Beliau juga mengingatkan supaya jika berlaku defisit dalam P&P maka guru berkenaan diwajibkan menyempurnakannya pada tahun hadapan bagi 2 bulan pertama. “Standard Operating Prosedures” (SOP) bagi mengekalkan prestasi guru melalui kaedah semakan serta pemeriksaan hasil kerja murid perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Proses-proses lain seperti pemulihan, pengukuhan serta perkayaan P&P perlu dilakukan dengan jayanya.

Kebergantungan kepada AKRAM perlu diseimbangkan supaya kemahiran menyediakan soalan oleh setiap Guru dapat dikekalkan dan dipertingkatkan. Pada masa hadapan, AKRAM mungkin akan membangunkan “Bank of Questions” berasaskan keperluan tertentu. Setiap guru disarankan berperanan sebagai “Subject Matter Expert” bagi setiap subjek yang diajarkan.

Beliau menyatakan bahawa guru merupakan Pengurus Pembelajaran, Penyusunatur Pengetahuan, Fasilitator, Pembina Adab, “Role Model” serta Penunjuk Kerjaya.

Jawatan Kuasa Tindakan Perakaun Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu akan dibentuk bagi menangani dan mengambil tindakan susulan kepada setiap saranan dan teguran pihak JNJK.

Semua Kecemerlangan Sekolah perlu diwar-warkan dan budaya cemerlang berkenaan perlu dikekalkan. Unsur-unsur negatif seharusnya perlu dielakkan dan tidak dibawa masuk ke sekolah.

Beliau seterusnya menyatakan supaya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diberikan perhatian dan kesemua matlamat program hendaklah menjurus kepada bidang masing-masing terutama bidang pendidikan.

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:-


1. Prasekolah – peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas dalam pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.


2. Literasi dan Numerasi - semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.


3. Sekolah Berprestasi Tinggi - usaha KPM membangunkan 100 buah “High Performance Schools “ termasuk “Trust Schools” pada akhir tahun 2012.


4. Pengetua/Guru Besar - bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'Performance Based Assessment' mulai tahun 2010.

Program Pendidikan Terengganu Terbilang PPTT akan diteliti semula dengan sebaik-baiknya supaya pengisiannya dapat membangunkan keperluan akademik dan melahirkan sahsiah murid.

Akhir ucapan beliau menyatakan bahawa CIPP Content Input Process Products perlu difahami dan dihayati oleh setiap Warga Pendidikan supaya setiap kerja dan pelaksanaan dapat disempurnakan dengan penuh keceriaan dan penuh inovasi.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

adibjabi@gmail.com

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Jabi. All rights reserved

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP